Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

SEBUAH PERSAHABATAN....

1 .Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak… 2.  Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak… 3.  Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang… 4.  Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang… 5.  Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai… 6.  Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul… 7.  Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru… 8.  Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde… 9.  Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari… 10.  Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis… Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tid...

HEBATNYA YANG DI KENALI SEBAGAI WANITA..

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia. Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya. Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat. Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ...

Ustaz Kazim Elias:::

Ustaz Kazim Elias::: "Saidina Omar yang begitu garang pun tuan-tuan, tak marah bila isteri berleter...ada org bertanya kenapa tuan tak marah balik? dia balas.."  dia dah masak utk aku, dia jaga anak aku, dia beranakkan anak aku,  bersalin anak aku, dia jaga makan pakai aku, dia ambik banyak tanggungjawab aku, takkanlah aku nak ambik hati leter dia.. sebab leter dia sangat pendek kalau dibandingkan dengan dia jaga anak aku.." Jadi para suami.. buat apa kita nak ambik hati... Relaxlah Broo..."

DIALOG SUAMI ISTERI DI DAPUR

 DIALOG SUAMI ISTERI DI DAPUR    isteri : Aih? awal bebeno abang balik hari ni? suami: Mestilah,kan abang dah janji nak tolong Humaira masak hari ni kan?hari ni kita nak masak ape ye? isteri: Kita masak tomyam lah!mesti syok gile..ok tak? suami: Beresss! tomyam nak yang pedas..meletuppp punya! isteri: hehe..terima kasih abang sebab selalu tolong humaira masak kat dapur ni suami: itu dah jadi salah satu tanggungjawab abang untuk membantu isteri kat dapur.Takde hal la...hehe isteri: ^__^

PENGALAMAN BARU

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal.. Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada sedeikit perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini... Alhamdulillah pengalaman bekerja dan mengendalikan program yang sangat hebat dan sukar digambarkan. Pengalaman yang baru bermula dalam mencari tarbiyah yang baru terbentuk dalam diri. Pelbagai anjuran yang dianjurkan untuk menarik perhatian anak-anak remaja kita pada masyarakat. Alhamdulillah sepanjang program remaja2 yang kian meningkat ini teruja dengan apa yang kami sampaikan. Walaupun hanya sekejap bekerja di kelab bawah kementerian kesihatan. Tetapi pe...