Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Ayat penawar dari Al-Quran ubat segala penyakit..InsyaAllah...

Surah al-Mukminum, ayat 91 hingga 100 untuk penyakit barah.  Surah al-Anbiya ayat 62 hingga 73 untuk penyakit kencing manis. Surah al-Israa’ ayat 40 hingga 55 untuk masalah jantung, saluran darah tersumbat dan jantung berlubang. Surah al-Kahfi ayat 32 hingga 50 untuk tahan sakit.  Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 25 dan 244 hingga 255 untuk mengubati semua jenis penyakit (seelok-eloknya dihafal). Alhamdulillah kita hanya berusaha.... ~sabar itu amat indah~

Nasihat Luqman Terhadap Anaknya 2

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk di kongsikan bersama... Hai anakku : Orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu' kepada Nya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.. Kehidupan dan diri akan merasai bahagia jika kita terus MENTARBIYYAHKAN diri kita dan terus beribadat ke jalan Allah... Hai anakku seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahnmu), maka marhnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman-tanaman  Jika mak ayah kita marahkan kita bukan bermakna mak ayah kita tidak sayangkan kita... Sebab mereka tegur dan marahlah mereka sayangkan kita sepenuh hati mereka... Jadilah anak yang sentiasa bahagia .. ~senyum sokmo~                   ~sabar itu indah~                                 ...

Nasihat Luqman Terhadap anaknya 1

Alhamdulillah ada perkongsian sedikit dan nasihat Luqman terhadap anaknya untuk tatapan yang melawati blog ini.... Hai anakku : ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam,layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.. Setiap manusia yang bernafas di bumi Allah tidak lari dari kesilapan.. Setiap manusia juga mempunyai perasaan malu kepada PenciptaNya.. Apa pun yang kita lakukan di Bumi Allah ini tidak lekang dengan kesilapan..tidak salah juga kita menerima setiap teguran nasihat yang diberikan untuk kita terus MENTARBIYYAHKAN diri kita..... Terimalah dengan seadanya....

Meluangkan masa bersama keluarga....

Alhamdulillah... Alhamdulillah 18/12/2012 dapat meluangkan masa bersama keluarga walaupun sekejap.. banyak dapat teguran dan nasihat yang bermanfaat oleh ayah dan ibu di dalam kereta sebelum nak pergi bersiar-siar.. Sebelum keluar rumah macam-macam cadangan nak pergi ke mana.. Adik lelaki kata "Ayah jom kita pergi tesco extra AMPANG..Adik bongsu pula "Mama Ayah jom kita pergi main loncat2 kat tesco.. macam2 karenah budak2 ni..Walaupun ada kenakalan tapi mereka cukup menghiburkan hati... Semasa dalam tesco adik laki dan adik bongsu cakap kat "Ayah,mama,along,amirah...pergilah jalan2 sana dulu..abang chik ngan adik wela nak main dulu.. Alhamdulillah mereka ni tahu2 je apa yang kami nak cakap..Bagus ye adik2 akak dengar kata..macam nilah namanya adik MITHALI...sayang kamu semua... Selepas habis saja bermain sepuas2 hati..mereka tahu apa yang nak buat..ajak ayah mama pergi MAKAN..Itu saja lah yang mereka tahu makan.makan(padahal kakak along dia pun suka).. Setelah...

Bersahabatlah Dengan Seikhlas hatimu..

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya... kehidupan seseorang seperti roda yang sentiasa berputar dan berpusing seperti jam yang sentiasa bergerak mengikut masa dan detik jarum.. Ukhuwwah yang sentiasa bertaut antara satu sama lain tidak kira la di mana pun kita berada.. kerana ukhuwwah itu sentiasa ada.. Sahabat kita walaupun berjauhan dengan kita sekalipun,jarang bertemu,jarang SMS..TAPI ...jangan la kita lupa mendoakan sahabat kita.. bersahabatlah dengan seikhlas hati....

Kami sayang Ayah dan Ibu...

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu Kelembutanmu tiada bandingannya Engkaulah insan yang sangat kusayang Kehadiranku kerna pengorbananmu Dan harapanku agar engkau merestui Perjuanganku ke arah kebenaran Kerana engkau laksana awan di lahit Ibarat memayungi setiap insan Demi cintaku ini Aku kan berjanji berbakti padamu Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu Demi kasih dan syaang Aku rela berkorban apa saja Kerna kini ku tahu syurga Di tapak kaki ibu Kau umpama permata di hatiku Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci Kau bak mutiara di samudera Tetapkan berharga untuk selama-lamanya Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja Kerana itu janganlah menderhaka Pada dua insan bernama ayah dan ibu Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku Dan dosa kedua orang tuaku Kasihi mereka sebagaimana mereka Mengasihiku sewaktu dahulu terima kasih buat segala2nya... along dan adik2 sayang mama ayah... Doakan kami... doa ibu itu tidak berhijab..

Bahagiakanlah HidupMU di Hari Ini..................

Mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan, ada keburukan dan mereka tidak mengira, bahawa keburukan itu merupakan kepastian, yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.          Seseorang yang telah mencapai kebahagiaan berkata : "Hari yang indah adalah hari di mana kita menguasai dunia dan ia tidak menguasai kitakan. DIA adalah hari di mana kita dapat mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah TUNDUK kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela."        Di antara hari-hari yang ana ingat dan tidak akan ana lupakan,ialah: Hari-hari ketika ana menguasai diri dan keluar dari ujian KERAGUAN terhadap perkara-perkara yang ana mampu atau yang tidak mampu,adalah hari yang sangat indah bagi diri ini.    Hari-hari itu memang indah . Dan yang terindah sekali adalah ketika ana menerima bahagianku yang sangat sedikit, kecuali perkara yang berkaitan dengan kesadaranku tentang kemampuanku dalam mengendalikan dir...

RESEPI KEK BATIK KELUARGA YAZID

RESEPI KEK BATIK NUR KHAIRUNISSAQ YAZID  250GM             MENTEGA/PLANTA 1 CAWAN          MILO 1 CAWAN         TEPUNG(DIAYAK) SEHINGGA HALUS 1/2                  SUSU PEKAT  MANIS 1 PAKET            BISKUT MARIE (PATAHKAN DUA) CARA-CARANYA ·          PANASKAN MENTEGA DIDALAM KUALI  SEHINGGA MENTEGA ITU CAIR ·          SELEPAS ITU MASUKKAN MILO,TEPUNG DAN SUSU ·          SELEPAS SUDAH MASUKKAN SEMUA BAHAN, GAUL SEHINGGA RATA ·          DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN BISKUT YANG TELAH DIPATAHKAN DIDALAM KUALI ·          SELEPAS ITU MASUKKAN DIDALAM BEKAS YANG SESUAI.         SELEP...

Kedudukan Lawak Jenaka

Menjadi fitrah sebagai seorang manusia yang memerlukan hiburan sebagai penghias hidup. Jika dilihat disekeliling kita pada hari ini, terdapat banyak rancangan yang berusurkan lawak jenaka bahkan setiap hari boleh dilihat rancangan hiburan yang berunsurkan lawak tidak putus-putus ditayangkan di kaca televisyen tambahan pula ramai artis baharu dilahirkan dan menjadi kaya dengan memperdagangkan bahan lawak jenaka ini. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur asalkan tidak menyalahi batas-batas yang telah disyariatkan oleh agama.   Ini dapat dibuktikan denga kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tida k masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda: أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عرب...

HEART ANATOMY

The heart weighs about 350 to 450 grams in an average adult. It pumps about 80 cc of blood per heart beat. At average heart beat of 70 per minute, in a day, the heart would have pumped 8 thousand liters of blood around the body. It is on automatic. Via specialised group of cells, the heart has a natural pacemaker that will regulate the heart rate. Some specialised muscle cells act as a conducting pathway, much like electrical circuit. Signals from the pacemaker is transmitted to heart muscle in orderly fashioned. Cardiac valves separate the various chambers and great blood vessels. Acting like a door, it allows blood flow only in one direction. There are four valves in a normal heart. Coronary arteries are special blood vessels running on the surface of the heart. They supply nutrient-rich blood to the hardworking heart muscle. A narrowing or blockage of these arteries causes heart attacks and coronary artery disease. Major risk factors for coronary artery disease are Sm...

Di Hatiku Ada DIA

Duhai hati, jangan jauhi ALLAH, ke mana pun kau lari..ALLAH, ekori serapat-rapatnya, duhai hati, jangan sisihkan ALLAH, ke mana pun kau sembunyi, ALLAH ada sedekat--dekatnya. Ya ALLAH, ambillah kami agar senantiasa berada dalam nanuganMu, Kini dan kelak. Aamin..

Kehidupan

Tanda tanya dalam setiap permasalahan yang datang tanpa di sedari, kehidupan pada hakikatnya agak sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan seharian. Setiap manusia akan sentiasa di uji tidak kira kita berada di mana sekali pun...   Kehidupan manusia seperti roda yang sentiasa bergerak dan berpusing. Dalam hidup ini apa yang kita nak adakah semuanya akan dapat? Adakah ianya senang apa yang kita rancang dan jangka? Adakah kehidupan ini sentiasa susah apa yang akan berlaku? Adakah perasaan kita terlalu jauh untuk menjangkau kehidupan ini menjadi yang lebih baik? Adakah hati kita dekat pada Allah? Adakah kita faham dengan erti kehidupan? Adakah kita mengenal Allah dalam kehidupan kita? Adakah kita faham apa itu kehidupan.. Setiap masalah yang datang pasti ada hikmahnya pasti dan kebenarannya, walaupun kita kurang senangi dengan apa yang datang tanpa di sedari...   ~~ITULAH NAMANYA KEHIDUPAN~~

INILAH CIPTAANNYA..

 Anugerah yang Allah berikan pada kita. ..   Alhamdulillah bersyukur sangat dapat lihat keindahannya...   Melihat suasana yang tenang dan damai cukup menghiburkan hati walaupun kita ditimpa masalah... Allah bagi nikmat dan anugerah yang paling terindah buat semua Hambanya.. .

MENCARI KEREDHAANNYA?

adakah kita masih lupa..untuk apa kita hidup di dunia ini.. adakah untuk bersuka ria? adakah kita berfoya2? adakah kita hidup ini untuk mencari keredhaan illahi dan mencari ilmu yang penuh didada? atau adakah kita ingin mencari redha nya tapi kita tak mencuba untuk mencari walaupun hanya pandai berkata2? #jom kita berubah jadi baik dan menjadi mukmin yang berjaya didunia mahupun di akhirat .. .

ukhuwwah akan sentiasa terjalin

Melancarkan satu bulatan halaqah... untuk menjalankan dan mencuba menyampaikan sesuatu kebaikan kepada orang lain... menyakinkan diri kita sendiri dan sahabat-sahabat  untuk menggerakkan jalan dakwah dan berkongsi ilmu dengan siapa pun... tidak kira dia agama lain sekali pun... kerana agama islam luas dengan pendapat2 dan      pandangan yang terbuka... insyaAllah mudah2han ianya berjalan dengan baik...

Pencarian maklumat pengetahuan ilmu hadith

Kita sekarang berada di zaman globalisasi iaitu zaman kemudahan untuk pencarian sumber maklumat tentang apa sahaja untuk dicari. Ianya boleh dicari di mana-mana sahaja dengan satu klik sahaja di dalam pencarian di Internet. Lihat sahaja di dalam Internet, kita boleh mencari pelbagai sumber pengetahuan menerusi carian enjin, blog, laman web, forum dan sebagainya. Namun, persoalan sekarang adakah pencarian yang dicari itu benar-benar betul faktanya atau sekadar fakta yang di putar belit? Justeru itu, persoalan ini juga harus dilihat juga daripada hadith-hadith yang tersebar kepada masyarakat yang kebanyakan tidak pasti sama ada ianya sahih atau palsu. Umumnya, masyarakat akan mendapat maklumat tentang hadith-hadith masyhur di Malaysia daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah daripada TV, radio, suratkhabar, Internet, buku-buku dan majalah awam. Di dalam medium ini, telah terbukti bahawa terdapat pelbagai hadith-hadith palsu yang tersebar ke dalam masyarakat dan ianya sangat men...