Kita
sekarang berada di zaman globalisasi iaitu zaman kemudahan untuk pencarian
sumber maklumat tentang apa sahaja untuk dicari. Ianya boleh dicari di
mana-mana sahaja dengan satu klik sahaja di dalam pencarian di Internet. Lihat
sahaja di dalam Internet, kita boleh mencari pelbagai sumber pengetahuan
menerusi carian enjin, blog, laman web, forum dan sebagainya. Namun, persoalan
sekarang adakah pencarian yang dicari itu benar-benar betul faktanya atau
sekadar fakta yang di putar belit? Justeru itu, persoalan ini juga harus
dilihat juga daripada hadith-hadith yang tersebar kepada masyarakat yang
kebanyakan tidak pasti sama ada ianya sahih atau palsu.
Umumnya, masyarakat akan mendapat maklumat tentang hadith-hadith masyhur di Malaysia daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah daripada TV, radio, suratkhabar, Internet, buku-buku dan majalah awam.
Umumnya, masyarakat akan mendapat maklumat tentang hadith-hadith masyhur di Malaysia daripada pelbagai aspek. Antaranya ialah daripada TV, radio, suratkhabar, Internet, buku-buku dan majalah awam.
Di dalam medium ini, telah terbukti bahawa
terdapat pelbagai hadith-hadith palsu yang tersebar ke dalam masyarakat dan ianya
sangat mendukacitakan kerana kita telah berada di zaman globalisasi yang
seharusnya dapat menapis hadith-hadith yang bukan daripada kata-kata Nabi
s.a.w. Penapisan terhadap hadith-hadith palsu harus dilakukan agar penyebaran
hadith-hadith palsu dikurangkan kerana ianya bukan tsabit (berasal) daripada
Nabi saw. Seperti mana yang ditegaskan di dalam Mukaddimah Sahih Muslim iaitu:
Maksud: Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.
(Riwayat Bukhari dalam kitab Janaiz dan
Mukaddimah Sahih Muslim)
Beramal
menggunakan hadith-hadith Nabi s.a.w yang thabit daripada Nabi s.a.w. dan
membendung penyebaran hadith-hadith palsu di negara kita.
“Kemudian jika kamu
berbantah-bantah(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada Allah(Al-Quran) dan al-Rasul(As-Sunnah)-jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”(Surah An-Nisa’:59)
Sesungguhnya
tiada jalan yang akan sampai kepada Nabi s.a.w melainkan dengan memahami sunnah
dan tiada jalan kepada sunnah melainkan dengan ilmu hadith.maka menjadi
kewajipan terhadap pemerintah, pendakwah, pendidik, rakyat supaya memahami dan
meniti titian sunnah yang dipegang teguh berdasarkan dalil2 dan nas yang sahih.
Jika kta berpegang dengan perundangan dunia semata, nescaya tidak akan selesai perpecahan
yang berlaku bahkan menjauhkan matlamat sebenar apabila undang-undang manusia
diutamakan, undang Islam diketepikan.
Inilah
realiti sebenar yang berlaku sekarang.Ramai orang katanya “aku berdakwah demi
menegakkan Islam,memperjuangkan agamaku”, namun tidak mendalami ilmu mengenai
sunnah Nabi s.a.w dengan sebenar bahkan menjadikan kata2 dan ucapan manusia
mengatasi hadith-hadith Nabi s.a.w. Kadangkala, mereka sanggup menolak
hadith-hadith nabi semata-mata bercanggah dengan amalan masyarakat, pendapat sesetengah
golongan dan menyelamatkan parti daripada gugur di medan pertelagahan.
Maka,
amat perlu untuk kita taat dan patuh kepada perintah Allah:
Surah al-Hujurat ayat 1 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang
yang beriman!, Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah
kamu kepada Allah : sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
Kata
Imam Sayuti pula:’Ketahuilah, semoga Allah merahmati kamu.Barangsiapa yang
membantah hadith Nabi s.a.w, samada perkataan atau perbuatan baginda
dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul(syarat-syarat) yang
digariskan oleh para ulama dalam menilai hadith), sebagai hujah, maka dia
menjadi kafir. Dia terkeluar daripada daerah Islam dan dihimpunkan bersama
Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak
kafir’
Lantaran
itu, kita perlu berusaha agar diri kita dan orang lain yang didakwah supaya
berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah agar tidak tergelincir daripada
landasan keimanan kepada Allah dan Rasul. Dalam masa yang sama, kita
perlu membela sunnah dan memperjuang mempertahankannya.
“Dan
barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama orang-orang
yang diberi Allah nikmat kepada mereka ,iaitu nabi-nabi, orang-orang yang benar
, orang-orang syahid dan orang-orang yang soleh.Dan alangkah baiknya berteman
dengan mereka itu”. {Surah An-Nisa:69}
(akademi pengajian islam universiti malaya)
Comments
Post a Comment