(Kempen Wajib Zakat)
Tahukah anda berapakah kadar zakat pendapatan?
- Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.
- Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Sayidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun." (Riwayat Abu Daud)
- Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
- i. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau
- ii. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan).
⇹Untuk mengetahui cara pengiraan zakat ini, perbezaan di antara zakat pendapatan dan zakat wang simpanan, serta SOALAN-SOALAN berkaitan, AJUKAN DI Facebook Lembaga Zakat Selangor ( https://www.facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS)
Comments
Post a Comment