Skip to main content

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN

Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah.
Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dalil-dalil mengenai ibadah korban

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
šcôç7ø9$#ur $yg»oYù=yèy_ /ä3s9 `ÏiB Ύȵ¯»yèx© «!$# ö/ä3s9 $pkŽÏù ׎öyz ( (#rãä.øŒ$$sù zNó$# «!$# $pköŽn=tæ ¤$!#uq|¹ ( #sŒÎ*sù ôMt7y_ur $pkæ5qãZã_ (#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur yìÏR$s)ø9$# §ŽtI÷èßJø9$#ur 4 y7Ï9ºxx. $yg»tRö¤y öNä3s9 öNä3ª=yès9 tbrãä3ô±s? ÇÌÏÈ  

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)
Dari Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
firman Allah bermaksud:
ÈeÈe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ  

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)” (Surah Al-Kauthar 108:2)

Apakah hukum ibadah korban dan syarat yang boleh di tuntut ketika ibadah korban?

Hukum korban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakkad  adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti islam,sempurna akal, dan baligh. Orang yang bekorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.
Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:

 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)

Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban

1- Islam
2- Merdeka (Bukan hamba)
3- Baligh lagi berakal

4- Mampu untuk berqurban


bersambung...........

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...