Salamualaikum...
Alhamdulillah Bersyukur Kehadrat Ilahi. Allah masih panjangkan usia kita.
Pertama Kali Berterima kasih PadaNya. Kerna Kita Semua Ditemukan Sebagai satu team Gerak kerja.
Sebelum Saya Share Pengalaman. Saya tertarik dengan Satu Hadis Ini.
Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
Dari Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya." (HR Tirmizi No: 1867) Status: Hasan
1. Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan sejahtera.
2. Antara kesejahteraan seseorang apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik.
3. Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya
4. Sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya
Jadilah sahabat dan jiran yang paling baik
Hadith ini Sangat Kena Dengan Misi Yang kita buat Sebelum ni. Kita jadi Sahabat mendengar luahan Hati Mangsa. Kita Jadi Jiran yang baik hulurkan Bantuan. Jiran tidak semestinya Hanya Tetangga Sebelah Rumah, malahan Kita sebagai Seorang Muslim Patut bantu antara Satu sama Lain.
Ini Adalah Kali pertama Saya Menggerakkan kerja Di bawah Pengelola Kak long syamira. Dan kali pertama Join kan Diri Untuk misi Banjir Kali ini.
Alhamdulillah Berbalik Kepada Pengalaman Saya Dan Sahabat sahabat yang berada Di tempat mangsa Banjir.
Sedikit sebanyak Kita Akan Merasai Satu perasaan yang Tanpa Kita Sedari. Bagaima mereka nak hidup? bagaimana Mereka Nak Mulakan Kehidupan Yang baru? Mampu kah?
Ya Sungguh luar biasa,mereka mampu Teruskan Hidup Dengan Usaha Cari rezeki. Rumah Pertama Yang kami Datang, Allahu Rabbi Sangat Terusik kat hati ini, Hanya Tinggal Berdua Sahaja tapi Mampu Meneruskan Kehidupan, bila diberi Makanan Segera sama ada si anak atau cucu Muka Gembira sebab ada makanan yang mudah mereka masak.
Terfikir sejenak bagaimana Jika Saya sendiri di tempat mereka Adakah mampu seperti mereka Sekarang. Allah Beri Kekuatan Pada Mereka.
Mereka Suka Dengan kehadiran Kita semua, Sebab Kita akan mendengar luahan rasa,luahan hati,
Alhamdulillah Bersyukur dapat sertai Misi kalini dalam masa yang sama Kita Muhasabah diri kita yang sangat kerdil ini. Macam macam Yang kita lalui. tahan lapar,Tahan emosi dan macam macam lagi. SEBAB,kita nak Bantu yang lebih memerlukan dahulu. Baru fikir diri sendiri,sebab ini adalah AMANAH DARI ORANG RAMAI, KALIAN SANGAT HEBAT, hanya Saya Rehat Seketika Tak mampu nak push diru sendiri Sebab Tak nak risaukan Kak syamira dan kak anis Yang tahu tahap kesihatan. Allah pinjamkan kalian untuk Membantu. Allahu, jujur saya katakan ,saya tahan air mata setiap kali pergi ke rumah rumah mangsa Banjir. Hati benar benar Terusik Dengan Ujian yang Allah hadiahkan Untuk Mereka, Paras Air yang mencecah Ke bumbung, Bagaimana la Mereka Dapat selamatkan Diri. Sebab Allah. Allah bantu Kalian,Allah beri mereka Akal untuk Selamatkan Apa Yang penting.
Saya hanya Berfikir sejenak, Alanglah indahnya Allah Aturkan Kehidupan mereka Dengan Dugaan yang Hebat hebat. Iman mereka,kekuatan mereka ALLAH sangat sayang Kepada Mereka sebab Diuji Sebegini.
Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik perancang dan pengatur.Setiap susunanMu itu sangat cantik dan sempurna.
Engkau lebih mgetahui apa yang terbaik buat Mereka.
Pengakhiran Coretan Ini. Ada Sedikit perkongsian Dari sepotong ayat Surah Al-Baqarah 286.
Allah SWT berfirman:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ ۥ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ ۚ أَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِينَ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)
Dari saya NUR KHAIRUNISSAQ YAZID@umairahaisyah Yang kerdil Ini.
Terima Kasih.
#TarbiyyahBanjir
#KekuatanItuYangAllahDatangkan
#IAMAMUSLIMOUTDOORIAN
#SabarItuSangatManis
#BantuYangLebihMemerlukan
Ini kampung kedua Yang Kami masuk
Comments
Post a Comment