Teman
Disetiap perjalanan dan langkah
Bukan kerana sia sia
Disetiap detik dan waktu
Bukan berlalu seumpama bayu
Teman
Kau temui dia kerana takdir Allah
Kau bersahabat kerana takdir Allah
Kau mendekat kerana takdir Allah
Teman
Dia hanya insan seperti kamu
Dari tanah dia datang juga kpd
Tanah dia kembali
Dia insan yg kau panggil kawan
Atau mungkin dia kawan yang
Kau malu mengaku teman
Kenapa?
Mengapa?
Kerana dia tidak semulia kamu?
Kerana dia tidak setulus kamu?
Kerana dia pendusta bagimu?
Atau kerana dia mula tidak layak disisimu?
Duhai teman..
Dahulu dia naif
Dahulu dia jauh tersimpang
Dahulu dia sakit menanggung beban
Dahulu dia perit menahan seksa kehidupan
Melihat senyumnya kau fikir dia bahagia
Mendengar ceritanya kau bayangkan dia sempurna
Namun.....
Duhai teman,
Dia menyingkapi takdirnya dng lapisan alam
Dia melayarinya dengan barisan
Kesukaran
Dia menyimpan 1001 hina dina insan lain
Demi sebuah kehidupan
Wahai saudara dan saudari....
Teman kamu sahabat kamu kawan kawan kamu
Itu adalah takdir Allah
Kamu menyayanginya Alhamdulillah
Kamu membencinya ? Dia mungkin saja tahu..namun dia tetap mendokan kamu
Hadirkan dlm hati saudar dan saudari..
Apakah kamu sebegitu sempurna untuk menghakimi seseorang?
Adakah kamu melalui di jalan yg sama utk kamu membencinya
Dia mahu perbaiki maka bantulah
Dia mahu dikasihi maka adalah untuknya
Takdir dia sebegitu,nasib kita juga belum tentu,,,,,,,,,,
Buka la mata wahai saudara dan saudari
Menyimpan rasa sakit dan benci itu akan menjadikan syaitan itu terus bersorak..
Istigfarlah,,
Mungkin di sana nanti sahabat ,teman atau kawan yg kamu benci ,yang kamu sakit hati melihatnya, yg kamu persoalkan setiap apa kepadanya menjadi asbab utk menarik kamu ke syurga Allah,,,,,
Panjangkan: semoga semua rasa kebencian dan juga rasa menghakimi sesama manusia itu hilang dan saling memaafkan.perjalanan kita tidak sama barangkali apa yg dia simpan ada aib yg dia ingin jaga .. apa pun didik hati memaafkan kerana dia juga manusia dan dia juga adAlah kawan yg pernah buat kita tersenyum dan gembira yg mana mungkin ketika itu kita tidak tahu ada seksa dan derita...
#tarbiyahiman
Comments
Post a Comment