Skip to main content

Perbaiki Kesilapan Mendidik Anak anak dengan Teknik yang baik Dalam mendidik


Perbaiki Kesilapan Mendidik Anak-Anak Dengan Teknik Yang Baik Dalam
Mendidik..
1. Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.Sepatuknya banyakkan berdoa kerana
Allah boleh merubah asbab doa.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
Saidul (penghulu) istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran,
3:38)
Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim,14:40-41)


2.Kurang berdoa semasa membesarkan anak-anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al
Baqarah, 2:128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


3.Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan
atau motivasi) seperti:
menakutkan anak-anak dengan sekolah
menakutkan dengan tempat gelap
menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


4. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja
tanpa mengambil kira perasaan mereka.


5.Menegur mereka secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama
semasa marah)
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


6. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual)
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani.


7. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu
hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a.
Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di
rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak,
tetapi aku belum pernah mencium seorang
pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’
kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


8. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan
yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian
secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


9. Susunan rumahtangga yang tidak kemas
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh


10. Kurang menghidupkan sunnah di rumah
Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan
sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah
menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


11. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


12.. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang ,
Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan
sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.


13. Berrtengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang
dari ibu bapanya.


14. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah,
Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,kerana ini
akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang
membesar


15. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton,samada dari TV
ataupun video.Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan
rancangn dari media ini menonjolkan akhlak
yang kurang baik seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang
boleh merosakkan agama anak-anak.


16. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak anak ini.
Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita
untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik Mahabbah Rasulullah ﷺ:
dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi
ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Hasil Didikan Anak Semua Bermula Dari Mak Ayah Itu Sendiri

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN WAJIB ZAKAT

(Kempen Wajib Zakat)   Tahukah anda berapakah kadar zakat pendapatan?  Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Sayidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian ...

“MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH”

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada sedeikit perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini... Sambungan yang sebelum ini…. “MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH” “DIDIK WANITA TERDIDIKLAH GENERSI YANG AKAN DATANG” • Pendidikan bukan pada ilmunya sahaja tetapi pada jiwanya juga ye.. • Kita di Dunia adalah amanah yang perlu dijaga.. • Adakah kita sudah bebas dan bersih dari melakukan perkara mungkar? Nasihat keempat • Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukannya pengetahuan melainkan mendidik peragai anak-anak, agar anak mampu menjalani ...