Tipudaya Iblis Dalam Menuntut Ilmu. Jangan menuntut ilmu dengan niat inginkan nama, pandangan orang, dipuji ulama, mengelirukan orang awam yang tiada ilmu kerana ganjarannya adalah neraka. Moga Allah swt melindungi kita dari niat tersebut & melayan seseorang yang jelas menzahirkan niat sedemikian.
Nabi bersabda :
من طلب العلمَ لِيُباهِيَ به العلماءَ ، أو ليُمارِيَ به السُّفهاءَ ، أو لِيصرفَ به وجوهَ الناسِ إليه فهو في النَّارِ
Ertinya : Barangsiapa menuntut ilmu dengan niat untuk membanggakan diri di hadapan ulama atau untuk mendebat orang-orang bodoh (tiada ilmu), atau agar dengan ilmunya tersebut semua manusia memberikan perhatian (kedudukan & pengaruh) kepadanya, maka dia di NERAKA. ( Riwayat Ibn Majah, Hadis Hasan & sohih menurut As-Suyuti)
Waallahu'alam bissawab...
Comments
Post a Comment