Apa yang kita tahu mengenai keharmonian diantara tuntutan nikah.. Boleh Rujuk tulisan yang ana kongsikan sedikit. Dalam konsep ajaran islam, perkahwinan itu merupakan suatu ikatan antara rasa cinta kasih. Hubungan mereka tidak hanya menyangkut persoalan jasmaniah sahaja tetapi meliputi segala macam keperluan hidup manusia dalam suatu rumah tanga yang mereka bina. Nikah iaitu akad yan g menghalalkan pergaulan dan membatasi hak dan kewajipan serta saling membantu antara seorang lelaki dan seorang perempuan di mana keduanya bukan mahram. Firman Allah SWT: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebi...