Skip to main content

"KEHARMONIAN DIANTARA TUNTUTAN NIKAH"

Apa yang kita tahu mengenai keharmonian diantara tuntutan nikah..
Boleh Rujuk tulisan yang ana kongsikan sedikit.

Dalam konsep ajaran islam, perkahwinan itu merupakan suatu ikatan antara rasa cinta kasih. Hubungan mereka tidak hanya menyangkut persoalan jasmaniah sahaja tetapi meliputi segala macam keperluan hidup manusia dalam suatu rumah tanga yang mereka bina.

Nikah iaitu akad yan g menghalalkan pergaulan dan membatasi hak dan kewajipan serta saling membantu antara seorang lelaki dan seorang perempuan di mana keduanya bukan mahram.
Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
(surah an-nisa’’:3)

Nikah adalah merupakan asas hidup yang terutama dalam pergaulan yang sempurna. Bukan saja perkahwinan itu jalan yang amat mulia untuk mengatur kehidupan rumahtangga dan keturunan, tetapi perkahwinan itu juga dipandang sebagai satu jalan menuju pintu perkenalan antara satu kaum denga yang lain. Akhirnya perkenalan itu akan menjadi jalan ke arah saling tolong menolong antara satu dengan yang lainnya.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah al-hujurat:13)

Faedah yang terbesar dalam perkahwinan ialah untuk menjaga dan memelihara wanita dari sifat kewanitaan supaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Nikah juga dipandang sebagai kebaikan umum, kerana jika tidak ada nikah atau perkahwinan ini tentu manusia akan menurut hawa nafsunya. Pada akhirnya akan timbul perselisihan faham,bencana dan pemusuhan antara sesame manusia.

Perkahwinan itu, juga merupakan sunatullah, kerana pada dasarnya segala yang diciptakan Allah SWT di dunia ini serba berpasangan,serba berlawanan yang antara satu dengan lainnya saling mengisi dan saling melengkapi.

Al-ilmi indallah,alaina an nah ta'allamu , lii man faatina..
(ilmu ALLAH di kongsi bersama untuk MANFFAT bersama)

~senyum sokmo membawa berkat~

Jika ada kesilpan harap boleh ditegur. Supaya ana boleh perbaiki kesilapan.
Dan perbaiki kehidupan alam perkahwinan suatu hari nanti. Jika ada kesilapan..

Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...