Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Do you (really) believe in ‘Allah’?

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal.. Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum.. Artikel ini diambil dari salah seorang pensyarah ana di Akademi pengajian islam universiti malaya .. Artikel ini menyuarakan mengenai status kalimah Allah yang digunakan oleh orang bukan ISLAM..Ingin mengetahui selanjut nya boleh baca artikel di bawah ini... Do you (really) believe in ‘Allah’? — Md. Asham Ahmad JAN 11 — Everybody knows “Allah” is not a Malay word but nobody would question a Malay using the word to refer to the god that he or she worships because Malays are Muslims, and all Muslims of all nations c...

Manfaatkan Ilmu..

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal.. Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum.. Sebulan yang lalu,berjumpa dengan ukhti yang disayangi yang sudah lama tidak bertemu,alhamdulillah akhirnya dapat berjumpa juga dan berkenalan dengan seorang ukhti yang disegani dengan ilmu yang dia perolehi iaitu sahabat ukhti..dI majlis perkahwinan seorang sahabat... Banyak ilmu yang diberinya dan nasihat yang dikongsi bersama ana,terasa malu duduk disebelah seorang ukhti yang tidak sombong dengan ilmunya,tidak kedekut ilmu.. Ilmu tentang perubatan ISLAM ..walaupun hanya sedikit sahaja ilmu yang diberinya pada ha...

Bila sudah BERTEMU..........................

Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah masih bernafas lagi di muka bumi Allah yang Tersingkap indah ini... alhamdulillah juga dapat  kembali menulis dan berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman2 yang mencuit hati dalam kehidupan ni..(senyum) Baru-baru ni, terserempak dengan seorang sahabat(kakak) yang sudah lama tidak berjumpa, nak kata lama tu tak la..ada la dalam 6bulan...Faham2 jelah bila da lama tak jumpa..Pelbagai soalan yang ditujukan, da macam wartawan..kalah wartawan..Tapi seronok,pelbagai perkongsian yang di kongsikan.. (maklumla ramai sahabat2 yang sudah bernikah)..Perkongsian banyak ke arah alam perkahwinan.. perbualan yang sangat singkat..Tapi banyak moralnya dan manfaatnya...bila da lama tak jumpa...macam2 ragam... kakak: assalamualaikum nur khairunissaq yazid kan..apa khabar? ni nissaq yang belajar di UM kan.. ana: waalaikumussalam...alhamdulillah baik..Ye kak,ana nissaq yang belajar kat UM tu.. kakak: nissaq!!! lama kita tak jumpa..Allah ,rindunya denga...

Timba ilmu selagi MAMPU

Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam. Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Surah al-Mujadilah: Ayat 11). Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Tarmizi). Apa yang ana faham,Umat Islam sudah mafhum bahwa mencari dan mengembangkan ilmu pengetahuan adalah wajib hukumnya bagi kaum muslimin dan muslimat...

Perkongsian Bersama 11

"Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi). . Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Perkongsian Bersama 10

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”   {Riwayat al-Bazzar}

Perkongsian Bersama 9

‎"Sedekah tidak mungkin mengurangi harta. Tidaklah seseorang suka memaafkan, melainkan ia akan semakin mulia. Tidaklah seseorang bersikap tawadhu’ (rendah diri) karena Allah, melainkan Allah akan meninggikan derajatnya." [HR. Muslim]

Menghulurkan Bantuan dan Sumbangan Palestin

http://www.haluan.org.my/v5/index.php/sumbangan-dana-kebajikan Selagi kita dapat membantu dan menghulurkan sedikit sumbangan ianya dapat mengurangkan keperitan umat islam yang berada di PALESTIN.. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komimen yang diberikan oleh kepimpinan HALUAN, usaha ini terus berkembang dengan tertubuhnya Biro HALUAN Palestin. Sehingga ke hari ini, HALUAN Palestin bukan sahaja memberi fokus kepada usaha menyedarkan masyarakat bahkan juga berjaya mengumpul dana melalui sumbangan masyarakat prihatin dan seterusnya melaksanakan projek-projek bantuan kemanusiaan secara terus untuk rakyat Palestin, baik yang tinggal di bumi Palestin sendiri mahupun mereka yang terpaksa melarikan diri dan menumpang hidup di negara-negara luar....                                Usaha Biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaz...

Apa Yang Kita Cari????

                                       Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah masih dapat menghirup udara-udara segar dan nyaman... Apa yang antum cari kat dunia ini... ADAKAH MENCARI DUIT BANYAK-BANYAK TETAPI TIDAK MENGGUNAKANNYA? ADAKAH HIDUP DENGAN PENUH KESOMBONGAN? ADAKAH INGIN MENCARI KESALAHAN ORANG TANPA MELIHAT DIRI SENDIRI? ADAKAH INGIN MENCARI KEREDHAAN ALLAH DALAM KEHIDUPAN? ADAKAH PERNAH TERFIKIR UNTUK MENCARI APA ITU SINAR KEBAHAGIAAN? Carilah apa yang bermanfaat dalam kehidupan BUKAN mencari kemeranaan dalam kehidupan... Berfikirlah apa yang antum inginkan Di Dunia dan di Akhirat.. Berfikirlah secara terbuka dan ketenangan dalam mencari kebahagiaan hidup didunia dan akhirat... Semoga kita terus BERMUHAJADAH... Semoga Berjaya dan Bahagia... ~senyum sokmo membawa berkat~

Menyingkap surah al-Waqiah.......

Surah ini diberikan nama Al-Waaqi’ah atau dari segi bahasanya “ Hari Qiyamat” kerana ia dimulakan dengan bagaimana kejadian hari kiamat tersebut.  Ia adalah hari pembalasan dan hari perhitungan yang pasti berlaku, ia juga adalah hari pembalasan kepada kebaikan dan keburukan serta ganjaran-ganjaran atas kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan oleh hamba Allah s.w.t. semasa hayatnya, bagaimana Allah s.w.t. yang telah memberikan berbagai nikmat dan rahmat kepada manusia contohnya dengan menurunkan hujan, memberikan api agar manusia dapat menggunakannya untuk meneruskan kehidupan ini. Disamping itu sekelian manusia hendaklah selalu bertasbih kepadaNya agar sentiasa mengingati kematian yang pasti menjelma tanpa diketahui saat dan ketikanya. Surah ini adalah surah makkiyah yang mengandungi 96 ayat   selepas surah Taha untuk diamalkan. Surah makkiyah mengandungi lafaz-lafaz yang mengerikan kerana ia menjelaskan perihal ancaman, azab dan seksa neraka bagi orang yang menyi...