Skip to main content

Timba ilmu selagi MAMPU


Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam.



Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.
(Riwayat Tarmizi).

Apa yang ana faham,Umat Islam sudah mafhum bahwa mencari dan mengembangkan ilmu pengetahuan adalah wajib hukumnya bagi kaum muslimin dan muslimat. Dalam al Qurán disebutkan bahwa Allah mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan berilmu pengetahuan beberapa derajat. Ertinya orang berilmu pengetahuan akan mendapatkan penghargaan lebih tinggi dari lainnya.


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan bertanya sejak dari buaian hingga ke liang lahad. Bertanyakan hukum-hakam Islam dari para ulama bukanlah bermakna Islam melarang umatnya untuk terus berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perihal agama mestilah diserahkan kepada ahlinya (para ulama) di atas kelayakkan yang mereka perolehi itu. Ana dan antum juga disarankan agar terus belajar dan menuntut ilmu supaya suatu hari nanti antum bakal menjadi alim dan dapat membantu masyarakat Islam dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang timbul. 

Kesimpulan kecil yang boleh ana katakan di sini ialah: Masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tidaklah dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkan sesuatu hukum-hakam Islam sebelum dirujuk terlebih dahulu kepada para ulama yang boleh dipercayaai keilmuanya.


Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan

~senyum sokmo membawa berkat~



Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

KEMPEN WAJIB ZAKAT

(Kempen Wajib Zakat)   Tahukah anda berapakah kadar zakat pendapatan?  Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Sayidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian ...

“MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH”

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada sedeikit perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini... Sambungan yang sebelum ini…. “MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH” “DIDIK WANITA TERDIDIKLAH GENERSI YANG AKAN DATANG” • Pendidikan bukan pada ilmunya sahaja tetapi pada jiwanya juga ye.. • Kita di Dunia adalah amanah yang perlu dijaga.. • Adakah kita sudah bebas dan bersih dari melakukan perkara mungkar? Nasihat keempat • Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukannya pengetahuan melainkan mendidik peragai anak-anak, agar anak mampu menjalani ...