Skip to main content

Menyingkap surah al-Waqiah.......


Surah ini diberikan nama Al-Waaqi’ah atau dari segi bahasanya “Hari Qiyamat” kerana ia dimulakan dengan bagaimana kejadian hari kiamat tersebut.  Ia adalah hari pembalasan dan hari perhitungan yang pasti berlaku, ia juga adalah hari pembalasan kepada kebaikan dan keburukan serta ganjaran-ganjaran atas kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan oleh hamba Allah s.w.t. semasa hayatnya, bagaimana Allah s.w.t. yang telah memberikan berbagai nikmat dan rahmat kepada manusia contohnya dengan menurunkan hujan, memberikan api agar manusia dapat menggunakannya untuk meneruskan kehidupan ini. Disamping itu sekelian manusia hendaklah selalu bertasbih kepadaNya agar sentiasa mengingati kematian yang pasti menjelma tanpa diketahui saat dan ketikanya.

Surah ini adalah surah makkiyah yang mengandungi 96 ayat  selepas surah Taha untuk diamalkan. Surah makkiyah mengandungi lafaz-lafaz yang mengerikan kerana ia menjelaskan perihal ancaman, azab dan seksa neraka bagi orang yang menyimpang daripada ketentuan Allah s.w.t. Ia adalah untuk menyangkal anggapan kaum kafir Musyrikin yang meragui Hari Qiyamat itu benar dan pasti terjadi.

Maksud surah

Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah s.w.t., dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah s.w.t., dia akan menemui kepedihan.  Manusia hanya boleh berusaha dan berdoa, sedangkan Allah s.w.t. yang menentukannya. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah s.w.t. bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya.
                                             

* Ixsù ÞOÅ¡ø%é& ÆìÏ%ºuqyJÎ/ ÏQqàfZ9$# ÇÐÎÈ   ¼çm¯RÎ)ur ÒO|¡s)s9 öq©9 tbqßJn=÷ès? íOŠÏàtã ÇÐÏÈ   ¼çm¯RÎ) ×b#uäöà)s9 ×Lq̍x. ÇÐÐÈ   Îû 5=»tGÏ. 5bqãZõ3¨B ÇÐÑÈ   žw ÿ¼çm¡yJtƒ žwÎ) tbr㍣gsÜßJø9$# ÇÐÒÈ   ×@ƒÍ\s? `ÏiB Éb>§ tûüÏHs>»yèø9$# ÇÑÉÈ   #x»pkÈ:sùr& Ï]ƒÏptø:$# LäêRr& tbqãYÏdôB ÇÑÊÈ   tbqè=yèøgrBur öNä3s%øÍ öNä3¯Rr& tbqç/Éjs3è? ÇÑËÈ  

Firman Allah  (bermaksud):

"Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.  Sesungguhnya  sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, kalau kitab yang terpelihara (Lauh mahfuzh) tidak ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja (al-Quran) ini? (al-waaqi’ah 56:75-82)


Membincangkan Surah Al-Waaqi’ah Ayat 77- 85 yang mengesahkan bukti tentang kewujudan Allah s.w.t. sebagai Pencipta sekelian alam dengan kedudukan bintang-bintang untuk menegaskan tentang kebenaran al-Quran yang diturunkan daripada tuhan sekalian alam. Sesungguhnya al-quran kitab yang terpelihara. Ia tidak  boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang suci. Allah s.w.t. menyelar golongan yang meragui kesahihan dan kebenaran al-quran. 



Di samping meneruskan kehidupan ini Allah s.w.t. mengingatkan manusia tentang kepedihan dan kesengsaraan ketika menghadapi  kematian.  Surah al-Waqiah begitu jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Bahawa pembalasan yang adil dari Allah s.w.t. itu adalah benar, hak dan pasti berlaku.

Oleh kerana apa yang disebutkan itu benar belaka, maka manusia perlu akur dan menerima hakikat tentang kewujudan Allah s.w.t. dan perlunya Allah s.w.t. disembah dan tidak disekutui dengan mana-mana tuhan atau  makhluk yang lain. Sebaliknya wajarlah orang-orang yang mengingkari kewujudan Allah s.w.t. dan keesannya dicela dan dikecam.

Dalam mencari rezeki, manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah s.w.t.. Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja tanpa kenal erti putus asa. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha.....


SEMOGA IANYA BERMANFAAT UNTUK SEMUA..
JIKA SALAH HARAP DAPAT PERBETULKAN DAN ..ANA MASIH BELAJAR DAN TERUS BELAJAR....

~SENYUM SOKMO YANG MEMBAWA BERKAT~

Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...