Skip to main content

KEHARMONIAN DALAM TUNTUTAN BERNIKAH…

Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika...

Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini...

Disini ana ingin kongsikan sedikit tentang munakahat..mungkin ana ini tidak la pandai mana..tetapi sebagai perlongsian untuk umum..insyaAllah…
Kita sedia maklum ramai remaja kita sekarang sudah mempunyai pasangan masing2 kan(SUDAH BERNIKAH)..alhamdulillah tahniah…

Ana taknak kata banyak2…disini ada perkongsian tentang KEHARMONIAN DALAM TUNTUTAN BERNIKAH…
PERSOALAN DI SINI KENAPA PERLU ADA PERNIKAHAN??????

Dalam konsep ajaran islam, pernikahan itu merupakan suatu ikatan antara rasa cinta kasih. Hubungan mereka tidak hanya menyangkut persoalan jasmaniah sahaja tetapi meliputi segala macam keperluan hidup manusia dalam suatu rumah tanga yang mereka bina.

            Nikah iaitu akad yang menghalalkan pergaulan dan membatasi hak dan kewajipan serta saling membantu antara seorang lelaki dan seorang perempuan di mana keduanya bukan mahram.
Pernikahan itu merupakan bahagian dari kehidupan manusia tentulah tujuannya sama dengan kehidupan manusia itu sendiri,iaitu mencari keberkatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Keluarga merupakan pusat aktiviti seseorang.

Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan di dunia ini…sebuah keluarga bukan saja di bina hanya sekadar ingin berkumpul bersama-sama selanjutnya melahirkan anak-anak mereka yang ramai… Namun lebih jauh dari itu pernikahan mengandungi erti jika pasangan suami isteri ingin mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Allah menciptakan bumi untuk apa buat manusia..semestinya ingin menjadi tempat mengumpulkan manusia, yang beerti bahawa manusia yang hidup di atas bumi ini melanjutkan keturunan dan pengumpulan sampai pada waktu dan ketika Allah menetapkan terjadinya kiamat kelak. Oleh kerana itu islam mengharuskan kepada setiap orang, selama ia mampu dan sihat, untuk menikah, dan di larang membujang.

UNTUK NIKAH
Islam dalam menganjurkan perkahwinan melalui berbagai cara di antaranya ialah :-)

        i.            Perkahwinan itu sunnah
Perkahwinan itu merupakan sunnah para Nabi dan Sunnah Rasulullah SAW di mana mereka merupakan contoh tauladan yang harus dituruti.

      ii.            Sebagai rahmat dan pengembangkan keturunan.
                Setiap manusia yang normal memiliki nafsu syahwat yang mendorongnya untuk melaksanakan perkahwinan. Bukan lantaran ada unsur paksaan, tetapi memang sudah menjadi fitrahnya demikian.

    iii.            Dapat mententeramkan jiwa
Melalui perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kasih itu dapat mententeramkan jiwa seseorang. Kerana persoalan suka duka dapat dipecahkan dan di selesaikan secara bersama antara suami dan isteri di dalam sebuah rumahtangga. Melalui perkahwinan Allah menjanjikan kepada umat manusia tentang rezeki mereka
.
Sampai sini sahaja perkongsian tentang tujuan apa untuk kita bernikah..insyaAllah ada masa lapang akan disambung kembali….setiap yang hidup pastinya ingin mempunyai sebuah keluarga kan…jadi kita sama2 mencari pasangan hidup yang membawa kita dalam memberkati hubungan kita dengan Allah…jika ada salah jangan malu2 untuk menegur….waallahu’alam….


Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...