Skip to main content

Posts

KEMPEN WAJIB ZAKAT

(Kempen Wajib Zakat)   Tahukah anda berapakah kadar zakat pendapatan?  Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Sayidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian ...
Recent posts

Rumahtangga SAKINAH

Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting). Antara tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc). Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga. -Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain- #DrZaharuddinAbdRahman #Usrahonline

Tipudaya Iblis Dalam Menuntut Ilmu.

Tipudaya Iblis Dalam Menuntut Ilmu. Jangan menuntut ilmu dengan niat inginkan nama, pandangan orang, dipuji ulama, mengelirukan orang awam yang tiada ilmu kerana ganjarannya adalah neraka. Moga Allah swt melindungi kita dari niat tersebut & melayan seseorang yang jelas menzahirkan niat sedemikian. Nabi bersabda : من طلب العلمَ لِيُباهِيَ به العلماءَ ، أو ليُمارِيَ به السُّفهاءَ ، أو لِيصرفَ به وجوهَ الناسِ إليه فهو في النَّار...

Muhasabah Diri

Sangat tepat kata seorang sahabat.."Apabila orang kecil cuba menonjolkan dirinya besar, dia jadi semakin kecil.... Apabila orang besar bersikap seperti orang kecil, dia kelihatan semakin besar..." Apabila bukan 'specialist' bercakap dalam satu ilmu yang bukan bidangnya, dia sedang mendedahkan amatur, longgar ilmunya & dirinya boleh menyesatkan. Apabila seorang pemegang PhD atau 'Professor' menulis, darinya tahulah kita dia 'Professor berilmu cetek' atau yang benar-benar berilmu sebenar. Apabila seorang berpakaian ulama' hebat persis ulama berkata, boleh terbuka dirinya bukan ulama dek tiada adab lagi kuat melaknat, hanya pakaiannya sahaja. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa sedar dimana duduknya kita dan bertindak dalam tindakan yang terbaik. (MUHASABAH BUAT DIRI & YANG SUDI AMBIL NASIHAT)

Ikhlas Dan Redha

Jika kita dah ade seseorang yang ikhlas dan redha mencintai kita Jangan pernah kita ambil kesempatan pada keikhlasan yang dia berikan Jaga baik baik Balas lah juga dengan keikhlasan #Umairah'Aisyah #NurkhairunissaqYazid

TEMAN

Teman Disetiap perjalanan dan langkah Bukan kerana sia sia Disetiap detik dan waktu Bukan berlalu seumpama bayu Teman Kau temui dia kerana takdir Allah Kau bersahabat kerana takdir Allah Kau mendekat kerana takdir Allah Teman Dia hanya insan seperti kamu Dari tanah dia datang juga kpd Tanah dia kembali Dia insan yg kau panggil kawan Atau mungkin dia kawan yang Kau malu mengaku teman Kenapa? Mengapa? Kerana dia tidak semulia kamu? Kerana dia tidak setulus kamu? Kerana dia pendusta bagimu? Atau kerana dia mula tidak layak disisimu? Duhai teman.. Dahulu dia naif Dahulu dia jauh tersimpang Dahulu dia sakit menanggung beban Dahulu dia perit menahan seksa kehidupan Melihat senyumnya kau fikir dia bahagia Mendengar ceritanya kau bayangkan dia sempurna Namun..... Duhai teman, Dia menyingkapi takdirnya dng lapisan alam Dia melayarinya dengan barisan Kesukaran Dia menyimpan 1001 hina dina insan lain Demi sebuah kehidupan Wahai saudara dan saudari.... Teman ka...

KEMULIAAN WANITA

Kemuliaan WANITA .. Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita.