Skip to main content

Hadith mengenai wanita.



Hadith-hadith ini sering saya baca atau dengari.Mungkin sebahagian dari anda sudah biasa mendengarnya.Namun,bagi yang belum pernah membaca atau mendengarnya,bersyukurlah di atas kurniaan Allah kerana menanugerahkan jantina yang mulia…

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan..

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10, 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila ibu dan bapa mu memanggil kamu secara serentak,maka jawablah ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suami serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku Nabi SAW di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

19. Dari Aisyah r.a., Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.




~senyum sokmo membawa berkat~








Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...