Skip to main content

Merokok Dari Pandangan Islam

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..
Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya..

Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika...


Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada sedeikit perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini...



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:  
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

 i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti. iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”. v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan” e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.


iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan. b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat. c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


SENYUM SOKMO MEMBAWA BERKAT..
14 MARCH 2013
19:27



Comments

Popular posts from this blog

IBADAH DAN KORBAN

APA YANG DIMAKSUDKAN IBADAH DAN KORBAN Maksud korban ialah menyembelih haiwan-haiwan yang dibenarkan pada waktu-waktu tertentu kerana Allah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Contoh haiwan ialah kambing, lembu dan kerbau (haiwan tempatan). Waktunya bermula selepas solat sunat Aidil Adha sehingga sebelum terbenam matahari pada 13 Dzulhijjah. Nabi SAW menyembelih sendiri haiwan yang ingin dikorbannya dan inilah yang terbaik untuk dilakukan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi ) Dalil-dalil mengenai ibadah korban Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: š c ô ‰ ç 7...

Nasihat Lokman terhadap anaknya 3

Alhamdulillah sambungan nasihat luqman pada anaknya untuk dikongsikan bersama... Jauhkanlah dirimu daripada berhutang, kerana  sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.. Jauhkanlah diri kita dari berhutang..kerana hutang akan menyebabkan kehidupan kita bergelumang dengan kejahatan dan kehidupan akan menjadi huru hara.. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya... Berharaplah semampu dan seyakin nya..kerana Allah tahu apa yang kita lakukan.. janganlah sesekali menderhakai Allah... ~SENYUM SOKMO DALAM KERJA~                            ~SENYUM ITU MANIS~

Allah sudah aturkan semuanya...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... PERBAIKI SETIAP KESALAHAN YANG KITA BUAT.. HAMPIR JAWAPAN SAMA SELALU DENGAR... KITA MANUSIA SELALU BUAT BANYAK KESALAHAN..CUBA KITA UBAH... SIAPA LAGI YANG NAK UBAH KITA SELAIN DIRI SENDIRI... MASIH TERGIAL2 PESANAN UMMI AYAH PADA ANA....jangan selalu buat kesalahan yang sama... SETIAP Dugaan pasti ada hikmahnya... SETIAP yang Allah turunkan Ujian buat Hambanya pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. setiap kebahagiaan yang dimiliki Allah sudah aturkan segalanya...