Skip to main content

DOA

Assalamualaikum,mari kita aminkan doa ini agar kita sejahtera dan selamat dunia akhirat............

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, ibubapa dan saudara-mara kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu.

Ya ALlah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami kepadaMu.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs ejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
 

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN WAJIB ZAKAT

(Kempen Wajib Zakat)   Tahukah anda berapakah kadar zakat pendapatan?  Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi. Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang. Sayidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian ...

“MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH”

Assalamualaikum W.B.T. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segali Puji bagi Allah yang telah melebihkan dan memuliakan manusia dari seluruh alam dengan anugerah ilmu dan amal..Dan selawat serta salam kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga kepada keluarga serta para sahabatnya.. Alhamdulillah masih dapat bernafas di Muka Bumi Allah ini walaupun hanya seketika... Alhamdulillah masih dapat menulis dan berkongsi ilmu dan pendapat2 antum...ada sedeikit perkongsian sedikit yang ingin dikongsikan disini... Sambungan yang sebelum ini…. “MEMBENTUK KELUARGA MEMBANGUN UMMAH” “DIDIK WANITA TERDIDIKLAH GENERSI YANG AKAN DATANG” • Pendidikan bukan pada ilmunya sahaja tetapi pada jiwanya juga ye.. • Kita di Dunia adalah amanah yang perlu dijaga.. • Adakah kita sudah bebas dan bersih dari melakukan perkara mungkar? Nasihat keempat • Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukannya pengetahuan melainkan mendidik peragai anak-anak, agar anak mampu menjalani ...

Misi Kemanusiaan Banjir segamat Johor 2017

Salamualaikum...  Alhamdulillah Bersyukur Kehadrat Ilahi. Allah masih panjangkan usia kita.  Pertama Kali Berterima kasih PadaNya. Kerna Kita Semua Ditemukan Sebagai satu team Gerak kerja.  Sebelum Saya Share Pengalaman. Saya tertarik dengan Satu Hadis Ini.  Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ Dari Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya." (HR Tirmizi No: 1867) Status: Hasan 1.  Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan sejahtera. 2.  Antara kesejahteraan seseorang apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik. 3.  Sebaik-baik saha...