Harga sebuah kehidupan
bukan bisa dinilai
dengan emas dan permata
kerana ia anugerah
maha tinggi
daripada Allah yang Maha Kuasa
Kerana mahalnya kehidupan
hargailah ia
dengan rasa syukur
lalu diperbanyakkan amalan
demi amalan
demi memperoleh
ganjaran pahala yang
amat besar maknanya.
Semoga kehidupan ini
ada kerahmatan dan kenikmatan
buat kita hamba Tuhan
tulus dan ikhlas
mendepani segalanya.
Comments
Post a Comment